IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak yang baharu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pelantikan Wan Zahidi adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos.
Menurutnya, Wan Zahidi yang berasal dari Gerik merupakan tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana (MA) Usul Fiqh dari Universiti Al Azhar, Mesir.
“Beliau memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam dan pernah menjawat pelbagai jawatan penting.
“Antaranya, Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kekosongan kerusi Mufti Negeri Perak berlaku susulan kematian penyandang sebelumnya Tan Sri Harussani Zakaria, 82 yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Mei tahun lalu.
Harussani telah menyandang jawatan berkenaan sejak tahun 1985 selain ada memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun persekutuan.
Amirrul Rabbani
Fri Jun 17 2022
Wan Zahidi yang berasal dari Gerik merupakan tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan. - Gambar fail
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 suspek ditahan bawah SOSMA
- 6 bulan tempoh ideal kaji gaji minimum
- Saluran khas #Malaysia4Palestin bermula tengah hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
- Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 suspek ditahan bawah SOSMA
- 6 bulan tempoh ideal kaji gaji minimum
- Saluran khas #Malaysia4Palestin bermula tengah hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
Mufti Perak dahului penerima darjah kebesaran, Lat dikurnia watikah gelaran Seniman Diraja
Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja kepada kartunis tersohor negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat.
Larangan wakil rakyat ceramah di masjid, surau di Perak elak perpecahan - Mufti
Perpecahan yang berlaku lazimnya pula akan membawa kepada kerosakan.
PRU15: Tawar manifesto sukar dilaksanakan adalah penipuan - Mufti Perak
Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada perbuatan khianat dan menipu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Saya akan teruskan legasi, misi ditinggalkan Harussani - Mufti Perak
Wan Zahidi berkata beliau akrab dengan Harussani semasa Allahyarham berkhidmat sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang sekitar tahun 1970-an.
Zamri tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti Perak
Pelantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak baharu merupakan keputusan dan kebijaksanaan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sultan Nazrin perkenan lantik Wan Zahidi sebagai Mufti Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak.
Balu bekas Mufti Perak meninggal dunia
Balu bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, meninggal dunia pada Rabu.
Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
A Abdul Hakim Mazhar, 54, anak sulung kepada bekas Mufti Perak, meninggal dunia pagi tadi akibat COVID-19.
Allahyarham Harussani sentiasa sembah pandangan, nasihat - Sultan Perak
Sultan Nazrin mendoakan waris, anggota keluarga dan sabahat handai Allahyarham menghadapi saat duka dan hiba ini dengan penuh keredaan dan ketabahan.
Allahyarham Harussani berpegang pada prinsip, berani - Timbalan Mufti Perak
Pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria merupakan kehilangan besar buat umat Islam di negara ini.